Tolong bagi makan my Led "Lemmy" Zeppelalink eh? Tentiuw :)

Monday, November 1, 2010

Random Thoughts On a Rainy Day

Aku perasan setiap kali convofest kat u aku ni je mesti hujan. Setiap semester pun macam ni. Ini menyukarkan aku untuk ke sana bersukaria sebab let’s face it, hujan2 macam ni siapa yang rajin nak keluar. Rasa nak melingkar dalam selimut sepanjang masa dan tak bangun-bangun dah. Kalau bangun pun sebab nak makan. Bancuh milo panas kaw2 punya, pastu hirup dengan muka masyuk macam buat iklan Nescafe, memang layan. Lepas tu layan pulak back-to-back comedy 2,3 episod. Dah puas, masuk balik dalam selimut. Pergh. Memang feel dok oversea.


Oh speaking of overseas, 2,3 malam lepas aku mimpi aku pegi London. Siap nampak Big Ben lagi. Dalam mimpi tu aku macam tak percaya aku sampai jugak kat London. Bila aku bangun, lagi la tak percaya sebab rupanya tu mimpi je.


Kat sini kitorang dah start study week. Walaupun kelas dah habis,tapi aku ada 2 lagi projek kena submit. Tadi dah settle 1, one more to go. Beberapa hari kebelakangan ni, aku takde pencapaian apa2 pun. I believe in one thing; that we need to achieve something each day no matter how diminutive. Kecik macam mana pun mesti kena ada pencapaian. Lepas tu, kalau rajin, tulis journal. Pendek pun takpe, macam kat Twitter. Yang penting kita ada catat apa yang kita buat hari2. Bagi aku benda ni penting sebab life is about collecting experiences and memories. Jadi kena buat macam tu supaya masa depan nanti kalau kau boring2 boleh belek2 balik entry2 lama lepas tu gelak dan nangis sorang2.


Berikut adalah pencapaian aku untuk beberapa hari kebelakangan ni :


Dalam masa 3 hari ni, aku dah makan 7 bijik iced donuts. 4 bijik BigApple, 3 bijik Nash’s. Aku tak dapat lari dari godaan icing berwarna-warni yang menjanjikan limpahan filling yang creamy dan heaven. Limpahan wang ringgit juga turut berlaku dalam proses membeli donat2 ini.


Hari ni dah hari terakhir dalam Oktober. I wonder if dekat Indonesia ada orang buat parti Halloween? Probably ada, and tahun ni mesti ada orang pakai costume Ariel Peterporn. Pergi trick-or-treatin' mesti dapat door slammed in his face.


Tahun ni ada 2 tarikh best dalam Oktober. 101010 dan 20102010. Tapi dua2 hari ni aku takde buat apa2 yang menarik.


Aku rasa aku perlu jumpa JK Rowling dan Stephenie Meyer secepat mungkin. Ada pesanan yang aku nak sampaikan pasal buku2 yang diorang tulis. Kalau boleh, minggu depan. Sebelum final exam. Tapi aku belum beli tiket flight. Macam mana ni??


Untuk final exam next week, aku akan sit for 6 papers. All of which kena study macam nak gila sebab paper berat. So i’m thinking of locking up this lappie and hack the whole college’s WiFi system so that orang lain pun tak dapat online sama. If i have to sacrifice, they will have to too. Mana aci aku kena bukak buku real, kau selamba je bukak buku virtual. Kan?


Anyway, wish me luck. Aku nak dapat DL jugak this sem. If i make it to the DL, aku akan celebrate by eating more iced donuts. Yep, that’s the dream.


Wehh lagu Hotel California ni berantu ke ape wehh aku tak boleh stop dengar since 2 hari lepas lagi waddefish. Dari turun hujan sampai berenti hujan sampai dah hujan balik, aku tak tau la kenapa sekarang baru nak obses macam ni. Oh well, must be the weather.


Saturday, October 30, 2010

Kenapa Kita Tak Dapat Layanan 5 Bintang

Korang pernah terpikir tak kenapa government servants selalunya tak mesra pelanggan dan rude?

Here's what i think :



1) Gaji yang sederhana. Jadi taraf kerja pun sederhana je. Hidup makan gaji dengan kerajaan bersama gaji yang biasanya takkan mencecah 5 figure sampai ke tua. Takde advancement langsung atau pun kerja separuh mati selama 25 tahun baru merasa naik pangkat.



2) Takde jiwa dalam pekerjaan tersebut. Walaupun banyak benefits kerja under kerajaan, tapi secretly diorang ni sebenarnya tak suka dengan kerja diorang. Mungkin dulu study benda lain, tapi lepas grad, mintak kerja dalam field lain. Sebab kerajaan bg banyak benefit yang menggiurkan dan mempunyai masa kerja yang tetap, maka diorang pilih jalan tu.



3) Terpaksa. Mungkin diorang ni berfikiran secara tradisional dan mintak kerja dgn government sebab cuma ikut cakap mak bapak. Mak2 diorang cakap kerja kerajaan bagus, itu terjamin, ini terjamin, kerajaan baik, menjaga hak pekerja, ada perlindungan and so on and so on. Macamla company swasta takde perks macam tu.



4) Kerja yang terlalu simple sampai membosankan diorang. Kerja langsung takde thrill dan tak mencabar minda. Pernah tak korang nampak staf yang betul2 BUAT KERJA masa korang pegi kat kaunter nak berurusan dgn diorang? Cuba perhatikan yang kat belakang2 tu. Kalau nak dekat time lunch lagi bagus. Ada nampak sesiapa buat kerja tak? Staf perempuan kalau tak bergosip, mesti tengah kehulu kehilir buat2 sibuk. Staf lelaki pulak kejap ada kejap takde. Kadang2 nampak kat kafe tengah minum2 atau sedut sebatang dua. (Okay, aku cakap berdasarkan majoriti. Yang betul2 komited buat kerja memang ada, tapi berapa kerat sangat..)



5) Bebanan hal ehwal rumahtangga. Gaduh dengan laki sebab laki taknak tolong dengan kerja2 rumah. hey apa ni aku dah penat2 kerja nak basuh pinggan sebijik pun berkira? masa nak kawin janji macam2 huh waddefish memang malang dapat laki macamni.



6) Bonus lambat masuk. So diorang jadi cranky dan marah2 kat orang yang datang nak berurusan. Lalu memakai ekspresi muka yang mengatakan "bonus aku belum masuk bulan ni so jangan ada sesapa yang berani cakap banyak. Aku tensyen. Anak2 kat rumah mintak beli DSLR la, motor baru la, Hotwheels special edition la, pastu nak buat parti harijadi lagi. Budget bulan ni lari tau tak?" Kalau jumpa staf yang pakai ekspresi macam ni, sila jangan buat salah masa isi borang dan jangan cuba nak buat alasan bodoh "terlupa bawak IC la, kak" kalau tak nak malu satu office.



7) Memang dasar takde people skill. Kerja bahagian kaunter tapi muka ketat. Bila kita tanya jawab "hmm.." je. Pandang muka pun tak. Ada ke patut? Baik kerja belakang tabir atau kerja dengan machine je. Biar ko rasa pulak macamana rasanya cakap dengan benda yang takde respon.





Itu pendapat aku.



Aku harap aku tak jadi macam ni bila dah kerja nanti. Hari2 customer maki hamun belakang kau, siap blacklist dan plan macam2 untuk sabo kau. Gila tak best.



Taaaapiiiiiiii

nak tau tak, ada satu pekerjaan dalam sektor awam ni yang pekerja2 dia sume best?



Cikgu la!

Ok, fine mmg ada certain cikgu yang perangai buruk kaki pukul kuat melenting apa semua.

Tapi raaaamai cikgu yang baik dalam dunia ni. Pasal apa?

Sebab diorang mmg minat jd cikgu, bukan sebab terpaksa.

Yang kes terajang budak, bagi speech berunsur racist semua tu cikgu2 yang kes lelong la tu.

Jadi cikgu sebab job application kat tempat lain kena reject.

Jadi cikgu sebab mak suruh.

atau, jadi cikgu sebab kerja senang. Cuti ikut cuti sekolah budak2.

Masuk kelas bawak buku sehelai, kapur sebatang (atau marker. Sekolah2 sekarang dah update guna whiteboard kan?)

Membebel2 dan baca straight dari buku, habis masa, keluar kelas. Bila weekend, bawak balik buku student untuk check.

Amboi2, banyak senang lu punya kilija aa...

Takpe2. Banyak lagi aku nak cerita pasal cikgu2 ni. But, more on that later.
Aku nak pegi attack akak kat ofis kolej yang kurang aja dengan aku pagi tadi. Bye.



Friday, September 24, 2010

Aku Kenal Sama Yoda..Kau ada?

Aku teringin nak ada kawan macam Barney Stinson. Bukan Barney si dinosaur ungu, bukan Neil Patrick Harris, tapi Barney Stinson. NPH gay. Ellen DeGeneres pun. Tskk3... sayang.

Aku takde kawan macam Barney, tapi aku ada kawan macam Yoda. No..bukan maksud aku rupa dia hodoh and hijau macam Yoda.. dia pompuan la tapi. Kecik dan pelik. Lets call her Yodie (since she’s a girl version of Yoda). Dulu masa sem 1 dia roomie aku. Lepas tu dia join Army so dia kena tukar college. But we still see each other a lot. Dia sama course dengan aku. Kitorang sebilik 4 orang, masa tu she drove the rest of us mad. Aku tak tau nak explain macamane n kenapa dia ni pelik, tapi Yodie macam hidup dalam dunia dia sendiri. She’s oblivious of the real world. Macam kalau kitorang cakap apa2 yang basic pasal life, dia mesti tak paham. Penat gila nak explain satu2 kat dia.

She’s a bit of a tomboy too, cara jalan sangat rockish, she is not at all interested in boys or all those girly things (and i mean, AT ALL). Tapi these two things memang nampak dia girly :

1) Penggeli yang amat sangat. (orang sentuh sikit pun she winces like mad) and

2) she’s scared of lizards. (then again, who doesn’t? *shudders*)

Plus, she has an unbelievably monstrous appetite and she LOVES eggs. Dia boleh makan 4 pinggan nasik (full plate) dengan lauk telur semata2. Telur, telur dan telur. Bosan la tengok dia asyik makan telur je. This one time, we had a showdown to see how much she can stuff in her belly. Kita panggil sorang kawan kitorang ni, he’s from the AirForce, he’s 3 times Yodie’s size and he’s a bit nuts in the head too. Kitorang beli nasik bungkus banyak2, every polystirene tu isi nasik penuh2 macam bukit, beli lauk sikit then put the two of them down together and tengok siapa makan paling banyak. Diorang habiskan 3 bungkus each - it was a tie. Gilek ke tak?!!

Since dia kuat makan, she’s pretty strong for her size. Kitorang selalu get in a physical fight (not one of those stupid girlish hair-tugging catfights) and we mostly tied. She always struggles and stumbles with her words, Malay or English, and she’s all about all these academical stuff, ONLY. Which is good, but sometimes suffocating doh. She gets all excited for benda2 akademik ni, and she’ll be like let’s do this, let’s join that blablabla. But it’s great sometimes because she tells me info pasal whatever important seminars, talks or programs around campus.

Aku tau korang tak nampak kat mana peliknya Yodie ni, tapi serius dia pelik. Aku pun tak paham how she was brought up, tapi yang aku tau family dia family of intellectuals. Ada dua twins – dia and his bro, pastu sisters bawah dia, n sorang adik bongsu pompuan. Semua study bagus2. Medic and all those beautiful minds stuff yada-yada-yada. Her mum used to give Math lectures in UM, so you get the idea. Tapi bukan aku nak kata yang nerds are weird, (although most of them are), tapi memang cara upbringing dia macam tu kot.

She’s quite religious, and she doesn’t watch TV sangat. At the same time, she’s very city-ish and Westernized jugak, and she doesn’t give a damn about lagu2 and drama2 Melayu especially yang cheesy gila and meleleh. Huh, sama je macam aku tapi aku takdela sampai tak dengar/tengok langsung. Macam the most basic of all basic Malay terms pun dia tak tau, so it’s always hard to make jokes around her coz she doesn’t get it. It’s not funny anymore if you have to explain the joke, right? Kadang2, she embarasses me. Ya, i shouldn’t say this about my friend, tapi kadang2 dia tanya benda2 yang so simple n orang nak terangkan pun malu. Macam ni :

Me : Tengok budak tu isap nenen. Ganas gila botol dia ada gambar Adam Lambert.

Clueless Yodie : Apa?

Me : Adam Lambert.

Clueless Yodie : No, no.. the one before that.

Me : Budak tu haa..tengah hisap nenen. Cute, right?

Clueless Yodie : Huh? Nenen tu apa? (innocent face)

Me : ........

All in all, Yodie is a weird combination of genes. Aku ni pelik jugak, tapi dia lagi pelik. If a new planet is to be discovered in the universe, i’ll call it Planet Yododendron.

Population : One.

Citizen Name : Yodie al-Weird (long-lost cousin of Dodi al-Fayed).

Interests : Guns, eggs and Linkin Park.

All Hail, King/Queen Yodie.

Monday, September 6, 2010

Aku Semut Hitam Part 1

Perut aku berbunyi-bunyi. Aku tak boleh tidur. Petang tadi kami tak dapat banyak makanan.

Aku berkata sendiri, "Tak boleh jadi ni. Kena pegi carik makan jugak." Aku kejutkan Aldo kat sebelah aku yang tengah meniarap sambil ternganga.

"Weh senget, jom teman aku jalan-jalan cari makan. Aku tak boleh tidur ni.."

"Hah? Supper?? Nak nak!!" sepantas kilat dia bangun. Memang hantu makan budak ni.



Kami berjalan dalam cahaya yang suram sambil bersiul. Tiba-tiba, aku ternampak Bobby seekor-seekor di seberang sana tengah cuba meniti tiang meja sambil menjinjing separuh biskut coklat.

Tiba-tiba aku terliur.



"Wehh Bobby! Mana ko dapat tu?? Ada lagi tak?" aku melaung.

Bobby menjawab "Kat tepi bakul buah tu ha...ada sepaket lagi. Piddy lupa nak tutup kot..pegila amik cepat. Nanti lemau."



Aku dengan Aldo sangat teruja mendengar khabar gembira itu. Kitorang berlari cepat-cepat turun dari kabinet dapur, menyeberangi lantai marmar yang sejuk dan memanjat tiang meja.



"Ko sorang je B?" aku menyapa Bobby.

"Tak ah...Abai dengan minah mana tah ada lagi kat atas tu..tengah dating agaknya. Aku chow dulu eh. bye!"

"O..ok2. Thanks bro." Aku pelik. Sejak bila Abai couple?



Setelah mengucapkan selamat tinggal, kami meneruskan pendakian ke puncak.

Sampai je kat atas meja, Aldo dengan muka terkejut menunjuk ke arah bakul buah.

"Abang! Tengok tu!"

Di sebelah bakul buah tu terdapat sepaket biskut Chips Ahoy yang telah dibuka. Di sebelah paket biru tu pulak terdapat sepasang kekasih memadu asmara sambil makan biskut.

Aku terpana. Kekasih Abai adalah seekor semut merah yang sangat sangat SANGAT hot wacakaplu. Pinggangnya ramping, matanya bersinar-sinar dan bibirnya menggiurkan.



Aldo : "Ko tengok tu abang...bukan main lagi si Abai. Hot siot awek die!! Barang baekkk...."

Aku : "Pelik la. Ko tak pelik ke? Camne minah tu boleh fall for Abai kerempeng tuh? Apa yang Abai ada aku takde huh??"

Aldo : "Awek semut merah." Selamba je dia jawab.


Aku menjeling tajam ke arah Aldo. Panaaas je telinga kecik aku ni. Tak guna punya adik. Aldo tersengih umpama udang tersepit celah kuetiaw. (aku tau perumpamaan ni tak betul. Lantakla..ada aku kisah?)

Aku tau Abai nampak aku. Tapi dia saja buat2 tak nampak. Tak nak aku potong stim la tu. Ellllehhhhh...pegerah...bajet awek hot aku jeles la? Aku pun tak heran la...aku punya misi lagi penting. Mencuri biskut sebelum ia lemau. Aku menjeling ke arah mereka dan meneruskan perjalanan. Aldo tercegat lagi kat situ dengan muka khayal mintak penampar. Aku memusingkan bijik mata (rolling eyes). Kepala semut Aldo aku hempuk.

"Woi, ko tengok minah tu sampai tembus pun dia takkan pandang ko la...cepat ah. Tolong aku angkat biskut."

"Adoi! Ala..aku sedar la aku ni tak hensem macam ko, bang.." Ayat cliche. Geli doh. Rolled eyes lagi.

Sedang sibuk memilih biskut yang masih rangup, Aldo terperasan sesuatu.

Dia berkata dengan saspen. "Abang! Dengar tak tu?"

**** bersambung... (kalau aku rajin) ****



Iklan Raya Starbucks

Scene 1, take 1

Seorang perempuan melangkah dengan penuh bergaya ke dalam premis Starbucks cawangan Kerteh.

(effect slow-motion ditambah angin kipas high-speed)

Kipas tak berfungsi. On-set crew mencari kipas alternatif.

*******************************************

Scene 1, Take 2

Seorang perempuan melangkah dengan perasaan perasan hot ke dalam premis Starbucks. (effect seperti di atas.)

Seorang barista bersedia untuk menyambut pelanggan dengan senyuman yang telah dipraktis beratus-ratus kali.

Abang XXX : Hi, welcome to Starbucks. Nak order apa?
Perempuan : Hi. (senyum flirty sebab abang tu hot) Erm, mooncake ada lagi tak? (biasa orang
pergi Starbucks order coffee, tapi perempuan ni pelik sikit)
Abang XXX : Ada! Nak yang mana?
Perempuan : Bagi yang regular box 1 ye.
Abang XXX : Okay. Kejap eh.

(sepantas kilat, si barista comel berlari ke store room menggodek2 kotak mooncakes dan kembali dengan sebijik kotak berwarna oren bermotif burung2 zaman dinasti China.)

Abang XXX : Okay, here you go.
Perempuan : Eh jap, yang flavor Berries Cheese ni ada dalam premium box je ke?
Abang XXX : You nak ke? Jap, i pegi check. If there is one, i'll give you.
Perempuan : Okay.

(sekali lagi kembali dengan sepantas kilat bersama sebijik mooncake perisa Beri Keju)

Abang XXX : Kenapa, tak suka eh hazelnut?
Perempuan : Em..suka jugak. But i like tiramisu better. (senyum lagi) (kamera close-up ke muka perempuan)
Abang XXX : Yeah, me too. (the audience and crews went awww~~~)

Cut!! Senyuman perempuan tak boleh ditayang atas sebab2 tertentu. (Sebenarnya terdapat cebisan sawi di celah gigi.Takut menyentuh sensitiviti petani-petani yang menanam sawi.)

**********************************

Scene 1, Take 3

(ulang aktiviti dari mula sampai ke shot perempuan tersenyum)

Perempuan : Eh, dulu ada yang mini mooncake tu kan? Kenapa sekarang dah takde? Cepat rosak eh?
Abang XXX : Bukan cepat rosak..diorang cakap tak jalan.
Perempuan pekak : Tak halal?? (terkejut beruk sebab dulu dia pernah makan mooncake mini tu) How come tak halal?
Abang XXX : Bukan tak halal, tak jalan...(senyum)

Perempuan malu : Ooo..tak jalan...(blush2) Asal ah? Sedap ar yang tu..
Abang XXX : Tah, diorang cakap tak sedap. Sebab luar dia tu kan macam lembut, so diorang macam "ee..apa ni.." Haha.
Perempuan : Haha..tapi best la yang tu..ada white chocolate dalam dia...(hampa)

Abang XXX : Ha'ah. I pon suka yang tu...
Perempuan : (dalam hati) I suka you....

Perempuan keluarkan dompet untuk bayar. Semasa sedang menggodek dompet seploh ringgit, barista comel bertanya.

Abang XXX : You dari mana eh?
Perempuan : Er..Dungun.
Abang XXX : Dungun? (muka hairan, unconvinced) You study sini eh?
Perempuan : Eh..tak ah. Saja2 je datang. (menghulur cash RM50)
Abang XXX : Oo..you memang asal Dungun ke? (skeptical) (menekan2 cash register di sebelah kiri.) Eh..ni orang lain punya. (bergerak ke cash register satu lagi) Ha..yang ni baru i punya. (sengih)
Perempuan : (tersenyum melihat gelagat Abang XXX. Adorable!!!) Tak...I asal Ipoh...
Abang XXX : Oo...(barulah relieved dengan penjelasan perempuan tadi) Here's your balance.
Perempuan : Thank you. (bersiap sedia untuk blah)
Abang XXX : Thank you too. Bye. (senyum)

Perempuan keluar dari Starbucks dengan hati berbunga-bunga.
Dalam kereta, dia meneliti resit yang diterima tadi. Mencari2 nama staf tadi. Di hujung bawah sekali, tertera nama barista comel.

Affairol.

"Affairol? First time aku dengar. Pelik ejaannya. Macam mana nak pronounce? Affair-roll? Hubungan sulit bergolek? Best ni kalo ada affair dengan dia. Haha.."

"Kenapa nama tak sesuai dengan rupa? Betul ke ni nama dia? Tak cukup cute lah nama ni. Aku nak panggil dia lain. Aku nak panggil dia......Sharifuddin."

"Eh..tak tak. Aku nak panggil dia Joe. Next time pergi Starbucks Kerteh boleh cari Joe lagi. Dia ingat aku tak agak2?" Drive pulang sambil tersenyum girang.




Oh, cinta di bulan puasa.

Friday, June 25, 2010

Belum habis lagi cuti?








kepada sepuluh orang pertama yang pernah tampil memberitahu kelemahan / keburukan perangai saya,
terima kasih.

20 tahun, kurang 50 orang yang berani dan jujur macam ni yang saya jumpa.
kadang-kadang terfikir, saya sangat hargai bila orang point out kelemahan saya, tapi saya sendiri tak pernah cukup berani bagitau seorang sahabat kat mana dia silap. mungkin bukan dalam gene saya kot. tak reti mendekati orang secara halus. saya bukan people person, saya kekok sana sini, kadang-kadang terlebih malu tak bertempat. ish, sungguh pelik perangai saya. jadi ramai yang salah faham dan mengertikan diam saya sebagai sombong. tak apa, kalau saya begitu, saya begini. saya boleh belajar ilmu PR. boleh punya. slow2.
ok! dahla skema2 ni. ayat macam baca buku. scary dohh aku baca balik.
ewwwww so not me. hipokrit semuanya.
aku sebenarnya tak berapa gemar dengan cuti panjang lebar camni. dulu sekolah pun paling lama cuti sebulan.
ni 2 bulan, macam nak gila aku. dulu masa skolah teringin sangat nak cuti berbulan-bulan, siap kagum lagi dengar orang cerita kalau masuk U bole cuti lama2.

weekend lepas aku pegi puchong, bagi mengeratkan silaturrahim sesama saudara mara yang lama tak bersua. (haktuuihh)..ni first time pegi rumah Ayong. sebab selalu lepak KL dengan PJ je, tak pernah tersasar ke Puchong lagi. sampai je, Abg Joi ambik kat Putra. Pastu drive bawakkan pegi rumah Ayong, sebuah apartmen kat Bandar Kinrara, tingkat 11. Cakap pasal Ijoi, sangat mencurik perhatian lah cousin aku kali ni. sebab sekarang dia dapat job baru sebagai steward MAS, jadi serta merta aku jadi lebih berminat dengannya. Wahh!! crush dengan cousin sendiri? ala...semua orang tau stewards & pilots are hot kan. abis nak buat camne...takpe2, sekadar kagum dengan job dia je. boleh terima akal lagi. kalau tak sedar lagi, tak tau la. muka khayal camni elok plengkong je.

lepas tu kitorang gi jalan2 shopping2 habiskan duit semua pastu eh eh teringin pulak nak pegi the gardens. Pastu ijoi bawak la...pastu masuk2 je mula berjalan macam orang banyak duit baru cash in sebab tak nak nampak out of place. Haha. Pastu beli2 lagi, makan2, catch up dengan life masing2...ohh seronok dengar pasal life pramugara nih. Tapi setakat dengar je la dia pegi merata2..nak ikut tak dapat. Haishh..
dah balik rumah, mula la bosan balik tak tau nak buat apa. Petang2 nak keluar rumah pun malas. Duduk terperuk ngadap PC macam budak nerd yang sangat boring dan tak reti bersosial. (dan lembab). Setakat tengok pakcik makcik ibu ayah same nenek berpiknik minum petang atas buaian antara rumah aku & rumah diorang. Kerja aku kat bahagian luar rumah cuma jemur kain & bagi ikan makan je. Tu pun kalau ayah lupa nak bagi. Kadang2 aku sendiri pun lupa, kebulur ikan kap dia. Huaahahaha. Padan muka. Semua dah gemok2, tak bagi makan, dia diet, biar kurus sikit.Tugas aku kat luar rumah tu je la pun. Terhad. Sebab aku memang bukan orang yang suka tanam2 pokok main2 rumput ke hape nih. Tak reti. Tangan kayu. Kalau aku siram pokok pun mesti macam buang tebiat. Hahaha kadang2 je menyapu. (Kadang2 : 6 bulan sekali).
Fokus dalam rumah je. Dalam rumah kerja aku macam2, masak, kemas dapur, vacuum, cuci toilet, buat laundry, lap perabot dan macam2 lagi. Kurusnye tak jugak. Duhhh
Sekarang ni aku baru jumpa hobi baru. Selepas terjumpa anak kucing sesat yang dipercayai telah dibuang oleh emaknya, tugas aku sekarang ialah menjaga dia. Tak reti sangat tapi sebab suka, rasa bertanggungjawab pulak.
kitty malang mangsa kes buang bayi yang aku selamatkan tu pun aku dah inject susu Nespray dah dalam mulut dia tadi. senyap pun. dah tido kot.haha serius aku tak tau kucing boleh ke tak minum susu tepung sebenarnya. tapi dah 4 hari aku bagi dia minum apa yang aku minum, macam indifferent je dia. ahh biarla. janji dia kenyang, tak cirit birit sudah. nasib kau la Mimmay. <-- nama spontan yang diberi. padahal belum tau jantina. (tak reti check sebab masih kecik.)

ehh apa yang kecik??

anak kucing tu la... anak kucing tu yang kecik. paham. ehemm.

Monday, June 7, 2010

Nak Sihat Memang Penat



terus terang saya cakap, saya bukan seorang yang rajin workout. Berpeluh pun hanya semata-mata disebabkan cuaca sekarang yang panas, bukan sebab buat aktiviti berat. Sebab badan saya tak pernah naik walaupun makan banyak, jadi saya macam tak berapa kisah sangat nak buat senaman2 ni. Secara fizikalnya memanglah tak gemuk, tapi sebenarnya badan sangat berat. Kalau tengok orang memang tak percaya, sebab berat badan macam tak match dengan rupa bentuk luaran tapi saya tak pernah kisah pulak pasal nak turunkan berat badan ke apa. Sebab dah selesa sangat macam ni, BMI pun okay, so konon2nya rasa dah sihat sangatla tu. Padahal pemakanan pun tak jaga, sental je apa yang sedap. Dahla malas exercise, memang bahaya cara hidup begini.






Jadi disebabkan mula timbul kesedaran tentang kesihatan, weekend lepas saya pun push la diri sendiri untuk bangun pagi (actually lepas subuh terus keluar), sesuatu yang tak pernah saya buat sejak cuti ni, dan ikut mak saya jogging kat track tepi pantai.(Bukan jog along pasir pantai tu, tapi depan pantai tu ada playground/jogging track). Punyalah seksa tahan mengantuk demi nak joging. Takde semangat langsung. Last2 end up power-walking je sebanyak 5 laps. Kira ok la kan. Lepas tu cool down dengan menggunakan semua exercise equipment yang ada kat situ. (Sambil buat boat-rowing, mata menjeling ke arah kanak2 yang seronok main buaian, dalam hati teringin nak main jugak tapi berlagak dewasa dengan menggunakan alatan2 yang nampak complicated padahal sumpah tak fun langsung.)






First time working out after so long sangatlah memerah tenaga saya.
Mak aih, penat tak ingat. Nak habiskan 5 lap tu pun break 3 kali.
(Pura2 ikat tali kasut yang tercabut, sebenarnya nak berehat. Haha). Lepas tu, balik rumah terus cari penimbang sebab rasa macam dah burn banyak kalori dan lemak. Cih. Perasan la kau.
Kalau la sekali joging je dah boleh turun 1 kg, memang takdela reality show macam The Biggest Loser tu...kan? haha..memang bangang. Baru sekali joging dalam tahun 2010 ni dah berangan nak turun kilo..Ahh..ada aku kisah? Janji ada jugak workout. Tapi kena betul2 komited kalau nak sihat ni sebab kalau sekali dah start lepas tu stop lama2 memang susah la nak start balik. Dahla memang pemalas. Haihh~



ok ok lepas ni sebelum habis cuti nak cuba jogging sekali lagi!


yossshhhh!! semangat2!




emm..tu pun kalau rajin la kan. teehee~


* tiba2 dalam entri ni ade emoticon comel2 plak. tah hape2 kau ni. nmpak sgt baru blaja
mane nak cari emoticon n letak kat blog. pfffttt.